BAB
1
Kedengaran pengumuman penerbangan dan ketibaan oleh
suara lunak si pengumum lapangan terbang antarabangsa KLIA. Akhirnya dapat juga
Mira pulang ke tanah air menghirup udara Malaysia, bak kata pepatah ‘hujan emas
di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri.
Hah, pepatah yang masyur di kalangan penghijrah. Mira tersenyum melihat para
penumpang yang disambut oleh sanak saudara yang datang menjemput, tidak kurang
juga yang bersendirian dan juga para pelancong luar yang mungkin tercari-cari
pemandu pelancong masing-masing. Trolley beg disorong perlahan sambil menjamu
mata melihat gelagat orang ramai di sebalik kaca mata hitamnya. Sesekali mira
tersenyum dan terdetik dihati bagaimanalah reaksi atuk saat melihat kepulangan
nya yang tidak disangka-sangka ini. Jika dihitung lebih kurang tujuh tahun dia
meninggalkan datuk kesayangannya selepas kepincangan pendapat diantara dia dan
datuknya. Ah, datuknya yang begitu degil dengan pendirian sendiri tapi apa
kurangnya dirinya sendiri. Kalau mahu diperincikan lagi bak kata orang putihnya
‘like grandfather like granddaughter’. Mira tergelak kecil dengan pepatah yang
direkanya.
‘hai,manalah aku nak pergi ni,,,dah la lame tak jejak Malaysia ni. Di
Buatnye kene gulai dengan teksi yang cekik darah, tau la kau mira oi,,,’gumam
mira perlahan, langkahnya di atur ke arah ruang legar KLIA. Matanya melilau
mencari tanda arah tempat menunggu teksi. Akhirnya matanya tertancap pada tanda
arah ‘Taxi’. Kakinya laju mengikut tanda arah tersebut.
Baru sahaja kakinya melangkah beberapa tapak menuju ke arah
escalator
Buk!
“Ouch!”
“Ops, I’m sorry, I’m in a rush, I’m really sorry” ujar lelaki yang
melanggar Mira tadi.
“oh, its okey, but most of my things already on the floor,” sengih
Mira. Sememangnya dua buah bagasinya sudah terjelepuk di atas lantai KLIA dan hampir
mengganggu perjalanan orang ramai yang mahu menggunakan escalator. Menyedari
kesilapannya lelaki tersebut segera mengangkat bagasi yang sederhana besar ke
atas trolley semula. Sedang lelaki tersebut mengangkat bagasinya Mira menyedari
kaki seluar lelaki tersebut terkoyak sedikit mungkin kesan terlanggar
trolleynya tadi.
“Mm, excuse me, your trouser torn”
“hmm?” ujar lelaki tersebut pelik,
“your trouser” ujar Mira sambil menunjukkan kaki seluar lelaki tersebut
yang terkoyak.
“Ahhhh,,,what a mess!” jerit lelaki itu dan terus berlalu
meninggalkan Mira terpinga-pinga.
“Lah, emo pulak mamat ni, tadi elok jer bersorry-sorry dengan aku.
Sekarang dah blah macam tu jer,dah reti langgar x reti nak tolong angkat balik
beg-beg aku ni. Bertuah sungguh,”omel Mira sambil tangannya terkial-kial cuba
mengangkat satu lagi bagasi yang berat yang juga sarat dengan baju-bajunya.
‘huh, nasib baik tak berterabur barang-barang aku’ getus Mira di
dalam hati. Cepat-cepat Mira mengangkat bagasinya yang hampir menghalang
laluan.
Sesampainya
Mira di tempat menunggu teksi dengan segera dia menaiki teksi yang sedia
menunggu di situ. Nasib baik lah teksi yang dinaikinya menggunakan meter teksi.
Dia ada juga pernah mendengar kini kerajaan sangat peka terhadap masalah ‘ulat’
teksi yang mengenakan bayaran yang berlebihan kepada penumpang dan mereka juga
tidak menggunakan meter teksi yang di tetapkan oleh kerajaan. Gaya pakcik teksi
ini pun ada gaye beriman dengan berkopiah. InsyAllah kalau rezekinya dia tidak
akan ditipu. Mira hanya bertawakal kepada tuhan asalkan dia selamat sampai ke
rumah itu sudah memadai.
*****
Gara-gara terlambat
bangun pagi ini membuatkan Irfan kelam kabut bergegas ke KLIA untuk menjemput
client penting syarikatnya. Sudahlah tersalah jalan untuk ke parking kereta,
terlanggar trolley dan akhirnya clientnya terus ke hotel tanpa menunggunya di
lapangan terbang tersebut. Sememangnya clientnya yang satu ini cerewet. Itu
tidak termasuk isteri clientnya yang banyak kerenah mengalahkan client. Di
sebab untuk menjaga reputasi syarikatnya terpaksalah pihak syarikat melayan
juga kehendak dan kerenah client yang satu ini.
“ah, lantak
lah. Kau nak pergi hotel sendiri ke, nak balik Hong Kong balik ker, suka hati
lah malas aku nak layan” bentak Irfan setelah mendapat panggilan daripada setiausahanya
yang mengatakan pelanggan VIP nya telah ke hotel kerana dia lambat untuk
menjemput mereka di lapangan terbang. Sudahlah seluar yang dipakai koyak
sedikit di buku lalinya akibat insiden kecil tadi, akhirnya kakinya melangkah
semula ke parking kereta. Setelah membayar bayaran parking Irfan terus membelok
menuju ke jalan besar dan terus memecut laju bukan ke pejabat tetapi terus ke
rumah. Hilang habis moodnya untuk ke pejabat, pening sudah kepalanya dengan
pelbagai adegan pagi ini, bagaikan filem pulak rasanya. Segala urusan yang lain
akan di selesaikan esok sahaja.
‘ah. Habis
koyak la pulak seluar aku ni, dah la aku baru beli. Adoi,’ getus hati Irfan
sambil tangannya cuba untuk mencapai kesan koyak pada seluarnya. Alamatnya
seluar ini akan di buangnya atau pun akan di bungkus dan di dermakan kepada tong
kitar semula. Apa yang mahu di kisahkan banyak lagi seluarnya yang lain yang
masih tidak di gunakan atau pun dia masih boleh membeli seluar yang sepadan
dengan sut yang di pakainya nanti. Kereta ….. terus memecut laju menuju ke
kawasan perumahan Sri Hartamas.
*****
Di hadapannya
Pintu pagar iron-rod tersergam, banglo besar berwarna putih yang berbumbung
hijau terbentang di hadapan mata Mira. Setelah mengeluarkan ketiga-tiga buah
bagasi yang bersaiz sederhana dan besar itu, Mira segera menekan loceng pada
pintu pagar tersebut. Setelah beberapa kali menekannya seorang wanita hampir
separuh abad menjenguk keluar.
“Ye, cik nak cari
siapa?”
“erm, saya nak jumpa
dengan Dato’ Rahman. Dato’ ada di rumah?” Tanya Mira sambil membetulkan kaca
mata hitamnya yang hampir melurut dari hidungnya. Matahari yang hampir tegak di
atas kepala menyebabkan peluh mula merenik di dahi.
“Maaf cik, Dato’ tiada
di rumah, waktu macam ni Dato’ ke pejabat cik”
“ohh,,,saya tahu,memang
waktu macam ni Dato’ tak ada di rumah sebab tu lah saya datang ni, boleh tolong
buka kan pintu pagar ni? Saya nak masuk, panas ni Cik Nah” ujar Mira selamba
sambil mengesat peluh di dahi.
“Maaf lah cik saya tak
boleh buka pintu kepada sesiapa tanpa izin dato’. Apatah lagi nak ajak masuk
rumah cik,” ucap penbantu rumah tersebut dengan sopan
“Eh, tapi macam mana
cik boleh tahu nama saya?”Tanya pembantu rumah tersebut pelik
“ Erm,,sebab….jeng jeng
jeng,” jerit Mira sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.
Termenung seketika Cik
Nah, di mana ya dia pernah lihat wajah ini.
“Ya Allah, Cik Mira!
Marilah masuk kenapa berdiri di luar? ”kali ini giliran Cik Nah pula menjerit.
Rasa gembira yang bercampur dengan terkejut.
“la, macam mana saya
nak masuk Cik Nah kalau Cik nah tak bukak pintu pagar ni, saya mana ader kuasa
magik boleh tembus pintu pagar ni,” ujar Mira sambil ketawa geli hati melihat
telatah pembantu rumahnya yang satu ini. Cik Nah telah menjadi pembantu
rumahnya, ops pembetulan rumah datuknya sejak sebelum kelahiran dia lagi. Kata
atuk Cik Nah mula bekerja dengan keluarganya ketika masih remaja. Sebab
itulahlah Cik Nah sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.
Setelah membuka pagar,
Cik Nah segera memanggil Cik Atan, pekebun yang juga suami kepada Cik Nah untuk
membantu membawa bagasi-bagasi Mira masuk ke dalam rumah. Kata atuk juga
mulanya Cik Nah dan Cik Atan bekerja sebagai penbantu di rumah banglo ini dan
sudah jodoh mereka berdua mereka berkahwin dan mendapat 4 orang anak lelaki.
Walaupun mereka berdua hanyalah pembantu rumah keempat-empat anak mereka
Berjaya menjejakkkan kaki ke menara gading tempatan. Anak mereka yang terakhir
kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan mengambil bidang
perubatan, Arisa muda lima tahun daripadanya. Walaupun anak-anak Cik Nah
menyarankan supaya ibu bapa mereka berhenti bekerja tetapi Cik Nah dan Cik Atan
tetap mahu berkhidmat dengan atuk bukan disebabkan gaji tetapi kata mereka
keluarga atuk sudah banyak membantu mereka ketika muda dahulu kini masa mereka
untuk membalas budi yang telah diterima. Tambahan dengan umur mereka yang sudah
meningkat atuk telah melantik mereka sebagai ketua pembantu rumah jadi tugas
dan kerja mereka adalah untuk memantau dan menyelia pembantu-pembantu yang lain
sahaja.