Thursday, January 24, 2013

A.B.C


BAB 1
Kedengaran pengumuman penerbangan dan ketibaan oleh suara lunak si pengumum lapangan terbang antarabangsa KLIA. Akhirnya dapat juga Mira pulang ke tanah air menghirup udara Malaysia, bak kata pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Hah, pepatah yang masyur di kalangan penghijrah. Mira tersenyum melihat para penumpang yang disambut oleh sanak saudara yang datang menjemput, tidak kurang juga yang bersendirian dan juga para pelancong luar yang mungkin tercari-cari pemandu pelancong masing-masing. Trolley beg disorong perlahan sambil menjamu mata melihat gelagat orang ramai di sebalik kaca mata hitamnya. Sesekali mira tersenyum dan terdetik dihati bagaimanalah reaksi atuk saat melihat kepulangan nya yang tidak disangka-sangka ini. Jika dihitung lebih kurang tujuh tahun dia meninggalkan datuk kesayangannya selepas kepincangan pendapat diantara dia dan datuknya. Ah, datuknya yang begitu degil dengan pendirian sendiri tapi apa kurangnya dirinya sendiri. Kalau mahu diperincikan lagi bak kata orang putihnya ‘like grandfather like granddaughter’. Mira tergelak kecil dengan pepatah yang direkanya.
‘hai,manalah aku nak pergi ni,,,dah la lame tak jejak Malaysia ni. Di Buatnye kene gulai dengan teksi yang cekik darah, tau la kau mira oi,,,’gumam mira perlahan, langkahnya di atur ke arah ruang legar KLIA. Matanya melilau mencari tanda arah tempat menunggu teksi. Akhirnya matanya tertancap pada tanda arah ‘Taxi’. Kakinya laju mengikut tanda arah tersebut.
Baru sahaja kakinya melangkah beberapa tapak menuju ke arah escalator
Buk!
“Ouch!”
“Ops, I’m sorry, I’m in a rush, I’m really sorry” ujar lelaki yang melanggar Mira tadi.
“oh, its okey, but most of my things already on the floor,” sengih Mira. Sememangnya dua buah bagasinya sudah terjelepuk di atas lantai KLIA dan hampir mengganggu perjalanan orang ramai yang mahu menggunakan escalator. Menyedari kesilapannya lelaki tersebut segera mengangkat bagasi yang sederhana besar ke atas trolley semula. Sedang lelaki tersebut mengangkat bagasinya Mira menyedari kaki seluar lelaki tersebut terkoyak sedikit mungkin kesan terlanggar trolleynya tadi.
“Mm, excuse me, your trouser torn”
“hmm?” ujar lelaki tersebut pelik,
“your trouser” ujar Mira sambil menunjukkan kaki seluar lelaki tersebut yang terkoyak.
“Ahhhh,,,what a mess!” jerit lelaki itu dan terus berlalu meninggalkan Mira terpinga-pinga.
“Lah, emo pulak mamat ni, tadi elok jer bersorry-sorry dengan aku. Sekarang dah blah macam tu jer,dah reti langgar x reti nak tolong angkat balik beg-beg aku ni. Bertuah sungguh,”omel Mira sambil tangannya terkial-kial cuba mengangkat satu lagi bagasi yang berat yang juga sarat dengan baju-bajunya.
‘huh, nasib baik tak berterabur barang-barang aku’ getus Mira di dalam hati. Cepat-cepat Mira mengangkat bagasinya yang hampir menghalang laluan.
Sesampainya Mira di tempat menunggu teksi dengan segera dia menaiki teksi yang sedia menunggu di situ. Nasib baik lah teksi yang dinaikinya menggunakan meter teksi. Dia ada juga pernah mendengar kini kerajaan sangat peka terhadap masalah ‘ulat’ teksi yang mengenakan bayaran yang berlebihan kepada penumpang dan mereka juga tidak menggunakan meter teksi yang di tetapkan oleh kerajaan. Gaya pakcik teksi ini pun ada gaye beriman dengan berkopiah. InsyAllah kalau rezekinya dia tidak akan ditipu. Mira hanya bertawakal kepada tuhan asalkan dia selamat sampai ke rumah itu sudah memadai.

*****
Gara-gara terlambat bangun pagi ini membuatkan Irfan kelam kabut bergegas ke KLIA untuk menjemput client penting syarikatnya. Sudahlah tersalah jalan untuk ke parking kereta, terlanggar trolley dan akhirnya clientnya terus ke hotel tanpa menunggunya di lapangan terbang tersebut. Sememangnya clientnya yang satu ini cerewet. Itu tidak termasuk isteri clientnya yang banyak kerenah mengalahkan client. Di sebab untuk menjaga reputasi syarikatnya terpaksalah pihak syarikat melayan juga kehendak dan kerenah client yang satu ini.
“ah, lantak lah. Kau nak pergi hotel sendiri ke, nak balik Hong Kong balik ker, suka hati lah malas aku nak layan” bentak Irfan setelah mendapat panggilan daripada setiausahanya yang mengatakan pelanggan VIP nya telah ke hotel kerana dia lambat untuk menjemput mereka di lapangan terbang. Sudahlah seluar yang dipakai koyak sedikit di buku lalinya akibat insiden kecil tadi, akhirnya kakinya melangkah semula ke parking kereta. Setelah membayar bayaran parking Irfan terus membelok menuju ke jalan besar dan terus memecut laju bukan ke pejabat tetapi terus ke rumah. Hilang habis moodnya untuk ke pejabat, pening sudah kepalanya dengan pelbagai adegan pagi ini, bagaikan filem pulak rasanya. Segala urusan yang lain akan di selesaikan esok sahaja.
‘ah. Habis koyak la pulak seluar aku ni, dah la aku baru beli. Adoi,’ getus hati Irfan sambil tangannya cuba untuk mencapai kesan koyak pada seluarnya. Alamatnya seluar ini akan di buangnya atau pun akan di bungkus dan di dermakan kepada tong kitar semula. Apa yang mahu di kisahkan banyak lagi seluarnya yang lain yang masih tidak di gunakan atau pun dia masih boleh membeli seluar yang sepadan dengan sut yang di pakainya nanti. Kereta ….. terus memecut laju menuju ke kawasan perumahan Sri Hartamas.

*****
Di hadapannya Pintu pagar iron-rod tersergam, banglo besar berwarna putih yang berbumbung hijau terbentang di hadapan mata Mira. Setelah mengeluarkan ketiga-tiga buah bagasi yang bersaiz sederhana dan besar itu, Mira segera menekan loceng pada pintu pagar tersebut. Setelah beberapa kali menekannya seorang wanita hampir separuh abad menjenguk keluar.
“Ye, cik nak cari siapa?”
“erm, saya nak jumpa dengan Dato’ Rahman. Dato’ ada di rumah?” Tanya Mira sambil membetulkan kaca mata hitamnya yang hampir melurut dari hidungnya. Matahari yang hampir tegak di atas kepala menyebabkan peluh mula merenik di dahi.
“Maaf cik, Dato’ tiada di rumah, waktu macam ni Dato’ ke pejabat cik”
“ohh,,,saya tahu,memang waktu macam ni Dato’ tak ada di rumah sebab tu lah saya datang ni, boleh tolong buka kan pintu pagar ni? Saya nak masuk, panas ni Cik Nah” ujar Mira selamba sambil mengesat peluh di dahi.
“Maaf lah cik saya tak boleh buka pintu kepada sesiapa tanpa izin dato’. Apatah lagi nak ajak masuk rumah cik,” ucap penbantu rumah tersebut dengan sopan
“Eh, tapi macam mana cik boleh tahu nama saya?”Tanya pembantu rumah tersebut pelik
“ Erm,,sebab….jeng jeng jeng,” jerit Mira sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.
Termenung seketika Cik Nah, di mana ya dia pernah lihat wajah ini.
“Ya Allah, Cik Mira! Marilah masuk kenapa berdiri di luar? ”kali ini giliran Cik Nah pula menjerit. Rasa gembira yang bercampur dengan terkejut.
“la, macam mana saya nak masuk Cik Nah kalau Cik nah tak bukak pintu pagar ni, saya mana ader kuasa magik boleh tembus pintu pagar ni,” ujar Mira sambil ketawa geli hati melihat telatah pembantu rumahnya yang satu ini. Cik Nah telah menjadi pembantu rumahnya, ops pembetulan rumah datuknya sejak sebelum kelahiran dia lagi. Kata atuk Cik Nah mula bekerja dengan keluarganya ketika masih remaja. Sebab itulahlah Cik Nah sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.
Setelah membuka pagar, Cik Nah segera memanggil Cik Atan, pekebun yang juga suami kepada Cik Nah untuk membantu membawa bagasi-bagasi Mira masuk ke dalam rumah. Kata atuk juga mulanya Cik Nah dan Cik Atan bekerja sebagai penbantu di rumah banglo ini dan sudah jodoh mereka berdua mereka berkahwin dan mendapat 4 orang anak lelaki. Walaupun mereka berdua hanyalah pembantu rumah keempat-empat anak mereka Berjaya menjejakkkan kaki ke menara gading tempatan. Anak mereka yang terakhir kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan mengambil bidang perubatan, Arisa muda lima tahun daripadanya. Walaupun anak-anak Cik Nah menyarankan supaya ibu bapa mereka berhenti bekerja tetapi Cik Nah dan Cik Atan tetap mahu berkhidmat dengan atuk bukan disebabkan gaji tetapi kata mereka keluarga atuk sudah banyak membantu mereka ketika muda dahulu kini masa mereka untuk membalas budi yang telah diterima. Tambahan dengan umur mereka yang sudah meningkat atuk telah melantik mereka sebagai ketua pembantu rumah jadi tugas dan kerja mereka adalah untuk memantau dan menyelia pembantu-pembantu yang lain sahaja.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts